Petua Berharga
Pernahkah anda perasan bahawa, apabila anda membasuh rambut di salon, rambut anda terasa lebih lembut, licin dan lebih beralun? Sebabnya, bukan saja produk profesional yang digunakan, tetapi cara pendandan rambut itu membasuh rambut anda. Menggunakan air suam atau sejuk pada rambut anda, mengurut lembut dengan syampu pada seluruh permukaan kulit kepala anda dan menunggu perapi diaktifkan hanyalah beberapa petua penting untuk membasuh rambut anda dengan betul. Mahu tahu lebih lanjut untuk cuba melakukannya di rumah? Mudah saja!