Syot dekat wanita yang sedang ketawa dengan tangannya terangkat ke atas.

KATAKAN TIDAK KEPADA KELEMUMUR

PETUA UNTUK KULIT KEPALA YANG LEBIH SIHAT
  • PILIH SYAMPU YANG LEMBUT UNTUK KELEMUMUR

    1

    Kebanyakan syampu Anti-kelemumur menyebabkan rambut anda kering dan menghilangkan kelembapan semula jadinya. Syampu yang dihasilkan untuk merawat kelemumur tanpa merosakkan rambut adalah penting. Anda mungkin perlu mencuba beberapa produk untuk mengenal pasti syampu yang paling sesuai dengan jenis rambut anda. Gunakan syampu lembut yang tidak merosakkan rambut anda.

  • CUBA GUNAKAN REMEDI BUATAN SENDIRI

    2

    Menggunakan dadih yang ditapaikan, kerap menyapu minyak pada rambut dan mengamalkan pemakanan yang baik betul-betul dapat membantu menyelesaikan masalah kelemumur anda. Kurangkan makan makanan bergula dan yis, tetapi tambah protein, bijirin penuh, kekacang dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin B dan zink ke dalam diet anda.

  • PASTIKAN BAHANNYA SEMULA JADI

    3

    Elakkan daripada mewarna rambut anda jika anda mengalami masalah kelemumur - ia hanya akan memburukkan lagi masalah anda. Produk penggayaan rambut menggunakan haba boleh menambahkan lebih banyak kerosakan kepada rambut dan kulit kepala anda, jadi cuba elakkannya jika boleh.